Sertai kami di http://www.facebook.com/bahagianpengislaman / hubungi kami : unitssb@gmail.com
" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)
-(Al Baqarah: 256)
Khamis, 24 Januari 2013
Rabu, 16 Januari 2013
Isnin, 31 Disember 2012
Anggota TLDB peluk ugama Islam
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Ermah Binti
Eja'an dari Jabatan Logistik, TLDB berserta adik beliau Erzarinah binti Eja'an telah memeluk ugama Islam
hari ini pada satu upacara pengislaman yang diadakan di Surau TLDB, Pangkalan Muara.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin
Abdullah.
Dua saudara baru itu, iaitu Ermah binti Eja'an memilih nama Islamnya Nur Syaahmah Mardziah binti Abdullah sementara adik beliau Erzarinah binti Eja'an memilih nama Islamnya sebagai Nur Syahrinah Mardziah binti Abdullah.
Turut hadir pada upacara itu ialah Pemangku Pemerintah TLDB, Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Muhammad, pegawai kanan TLDB, pegawai askar wanita, pegawai tak bertauliah kanan, askar wanita dari semua unit ABDB, perwakilan dari Pusat Da'wah Islamiah dan Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Ketua Kampung Bukit dan ahli keluarga.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Soldadu (L) Azim bin Ahmd Fadzilah yang dikuti dengan upacara pengIslaman Ermah bersama adiknya oleh Hajah Wadinanty binti Abdullah dari Pusat Da'wah Islamiah dan majlis diserikan dengan laungan takbir dan bacaan dikir Marhaban.
Pada majlis itu Pemangku Pemerintah ABDB juga menyampaikan cenderahati kepada anggota yang diraikan sebelum majlis berakhir dengan bacaan doa penutup yang dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Ugama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.

Sabtu, 22 Disember 2012
Majlis Pengislaman sebuah keluarga berbangsa Filipina
![]() |
| Dyg Siti Aisyah Heruela Alalong Binti Abdullah ketika melafazkan pengakuan masuk Islamnya |
![]() |
| Yang Berhormat Dato Seri Setia Awg Hj Yusof Bin Hj Ismail menyampaikan cenderahati |
Tarikh :
22hb Dis 2012
Tempat:
di kediaman Awg Hj Namdin Hj Kassim, di no 14 spg 29-79 Kg Sengkurong B
Tetamu:
Yang Berhormat Dato Seri Setia Awg Hj Yusof Bin Hj Ismail, Timbalan Menteri Pendidikan
Khamis, 20 Disember 2012
Selasa, 18 Disember 2012
Rabu, 12 Disember 2012
Langgan:
Catatan (Atom)