" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 31 Mac 2012

Majlis Pengislaman 19582 Muhd Khairul Affika Bin Kaling



Majlis Pengislaman 19582 Muhd Khairul Affika Bin Kaling 

Pada: 30hb March 2012
Tempat: Kampong Jangsak
Tetamu Kehormat Majlis Timbalan Pemerintah Angkatan bersenjata Diraja Brunei Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Muhd Tawih Bin Abdullah

 



frontBANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 30 Mac 2012  - Majlis pengislaman bagi 19582 Sld Khairul Affika bin Kaling, salah seorang anggota Jabatanarah Perisikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,  telah berlangsung pada hari Jumaat di No 18 spg 889 Kg Kilanas, Jangsak, Jln Gadong Negara Brunei Darussalam. Beliau melafazkan lafaz pengakuan masuk Islamnya dihadapan pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiyah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan memilih nama Islamnya sebagai Sld Muhammad Khairul Affika bin Kaling.
Lafaz Kalimah Syahadat beliau disaksikan oleh para hadirin antaranya Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja yang berkesudian hadir selaku tetamu kehormat, SSjn (B) Awg Ishak bin Abd Rahman selaku tuan rumah serta para Pegawai Kanan, pegawai-pegawai ABDB & Pusat Dakwah Islamiyah Kementerian Hal Ehwal, Ketua Kampong Jangsak serta sahabat handai dan keluarga beliau yang hadir sama ke majlis yang berkebajikan tersebut.
Majlis pada malam berkenaan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ikrar pengakuan masuk Islam, Zikir Marhaban serta bacaan doa selamat oleh Lt. Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.  
Majlis yang ungkayahkan bersama oleh Jabatan Pusat Dakwah Islamiyah dan ABDA serta keluarga anggota yang diraikan dianggap sebagai satu lagi usaha murni Jabatan Agama ABDB dan Jabatan Pusat Dakwah Islamiyah pada meningkatkan syiar agama Islam di kalangan warga ABDB dan menarik minat pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB khususnya serta masyarakat negara ini amnya yang belum memeluk Islam untuk memilih Islam sebagai agama anutan dan landasan serta panduan hidup yang sempurna.

Ketika ditanya akan perasaannya memeluk Islam pada malam tersebut, Sld Muhammad Khairul Affika menyatakan sememangnya telah menjadi hasrat beliau sejak di bangku sekolah lagi untuk memeluk Islam, ditambah lagi dengan peningkatan unsur-unsur kerohanian hidup beragama dalam ABDB, dan beliau merasa amat kehadrat Allah Subhannahu Wa Ta'ala kerana memberikan dirinya Petunjuk serta Hidayat untuk memeluk Agama Islam.

Menurut statistik yang dicatatkan oleh Jabatan Agama ABDB seramai 3 orang anggota ABDB telah memeluk Islam pada tahun ini dan ianya termasuk jumlah keseluruhan 59 pegawai serta anggota yang memeluk agama Islam sejak Jabatan Agama ABDB ditubuhkan pada April 2006.
rujukan: http://www.mindef.gov.bn
picture2
Melafazkan lafaz pengakuan masuk Islamnya dihadapan pegawaii dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan memilih nama Islamnya sebagai Sld Muhammad Khairul Affika bin Kaling
picture1
Tetamu Kehormat Majlis Timbalan Pemerintah Angkatan bersenjata Diraja Brunei Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Muhd Tawih Bin Abdullah (dua dari kiri ) 

picture3
picture4
picture5

Rabu, 28 Mac 2012

Skim Asas SSB siri172 2012

 Menerima lawatan dari penuntut USIM (Universiti Sains Islam Malaysia)

   Sekitar Majlis Penutup Skim Asas

   Bersama tenaga pengajar




Majlis Pengislaman Aliah Ilaga Binti Abdullah @Jenife Padunan Ilaga



Aliah Ilaga Binti Abdullah @Jenife Padunan Ilaga
Lafaz pengakuan Masuk Islam di lafazkan
jam :1034  pagi  
tarikh :28March 2012. 
tempat: Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara-saudara baru.
Penyampaian cenderahati dari Pusat Da'wah Islamiah di sampaikan oleh Ketua Bahagian Pengislaman dan Pemeliharaan Muallaf, Ustaz Abd Aziz Bin Hj Abd Kahar (Kiri), Abd Rasaad Khan(tengah) Aliah Ilaga (kanan)


Sabtu, 24 Mac 2012

Facebook bahagian pengislaman (kepentingan konsep persaudaraan dalam Islam )

KEPENTINGAN KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM

by United Muslim Nations on Saturday, September 25, 2010 at 1:58am ·
Secara konseptualnya, persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini, interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut lunas-lunas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang luhur dan mantap.

Oleh yang demikian, konsep persaudaraan yang berteraskan ikatan rabbani menjadi asas dan instrumen yang efektif kepada perpaduan seluruh umat Islam. Ini kerana, ikatan rabbani bersifat universal dan bersifat kualitatif tanpa mengira perubahan masa dan zaman. Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda telah berjaya membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan intergrasi yang bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani.

Antara objektif konsep persaudaraan ini adalah bagi memenuhi konsep saling lengkap melengkapi (simbiosis) sesama insan dalam suasana yang harmoni. Sekiranya dibuka lipatan sejarah permulaan Islam, dinukilkan konsep persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan Ansar dan golongan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah Kubra. Peristiwa ini perlu dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh masyarakat Islam kini. Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).

Justeru itu, sekiranya manusia menghayati konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, maka ia akan melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul. Sebagai natijahnya, ia akan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat. Antara sebab kejatuhan kegemilangan tamadun silam adalah disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam. Umat Islam pada ketika itu, dibelenggu dengan krisis sentimen aliran mazhab. Masing-masing cuba menonjolkan kewibawaan pendapat pelopor mazhab yang didokong, dan akhirnya wujud bibit-bibit perpecahan sehingga mengeruhkan perpaduan di kalangan umat Islam. Sebaliknya, perselisihan pendapat di kalangan para ulama’ satu rahmat, bagi umat Islam namun disalah tafsirkan sehingga meniupkan api ekstrimis sehingga boleh mencetuskan perpecahan.


Umumnya, di Malaysia masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan serta pelbagai sistem agama dan kepercayaan. Bagi menjamin dan menjaga keharmonian institusi masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup masyarakat. Islam mempunyai prinsip dan acuan tersendiri dalam konteks kemasyarakatan khususnya dalam nilai persaudaraan seperti berikut:


1. Persaudaraan (ukhuwwah) menjadi wasilah atau mekanisme untuk mendekatkan diri pada Allah dan RasulNya.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.”

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w menyebutkan cara yang sepatutnya kita membantu orang yang kurang berada dan berkongsi menggunakan sesuatu kemudahan. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak mampu, hendaklah ia berusaha melakukan sesutu yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan demikian ia dapat bersedekah. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menolong orang susah yang memerlukan bantuan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Jika tidak mampu, maka hendaklah ia menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap suatu sedekah”. (riwayat Ahmad)


Justeru itu, berpegang kepada kehendak ayat al-Quran dan hadis, Nabi menyeru kepada umat manusia mengamalkan nilai-nilai murni demi mengukuhkan semangat perpaduan. Sesungguhnya, pengajaran yang terdapat sumber Ilahi mempunyai rahsia-rahsia yang tersembunyi dan manfaat yang sangat berguna kepada manusia. Semua amalan murni yang ditekankan dalam teks al-Quran di atas bertujuan untuk mencapai objektif keredhaan Allah dan dalam masa yang sama menjaga hubungan manusia sesama manusia.


2. Persaudaraan merupakan keperluan bersama iaitu saling lengkap-melengkapi dan bantu membantu antara muslim dengan muslim yang lain.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Jika sekiranya seorang daripada kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama 2 bulan di dalam masjidku"

Hadith riwayat al-Hakim dan ia mengatakan sanadnya sahih. Rasulullah cuba menyeru seluruh umatnya untuk mengimplimentasikan ruh persaudaraan ini dalam kehidupan semasa. Baginda sendiri telah mengiktiraf ganjaran berlaku ihsan sesama muslim bagi mengisi maksud ukhuwwah ini berbanding ibadah di dalam masjidnya. Hal ini jelas memberi isyarat kepada kita, bukanlah ibadah di tempat sujud saja yang dipentingkan oleh Islam, bahkan hubungan sesama manusia itu juga dipentingkan sehingga ianya setara dengan perkara-perkara ibadah asas bagi setiap muslim.

Imam al-Ghazali memberi pandangan bahawa hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah memberi pertolongan kepada saudaranya yang mempunyai hajat dan keperluan mengikut kemampuan mereka. Pandangan ini menjelaskan bahawa wajib memberi pertolongan kepada saudara-saudara yang dalam kesulitan tanpa menunggu permintaan dari mereka. Bantuan yang diberikan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Setiap individu wajib menghormati dan mengasihi saudaranya. Dalam satu riwayat Nabi yang bermaksud:

“Bukanlah dari umatku sesiapa yang tidak menghormati saudaranya yang lebih tua, dan yang tua tidak mengasihi saudaranya yang lebih muda”(riwayat al-Tarmizi)


3. Persaudaraan dapat memupuk nilai dan etika pergaulan sesama manusia.

Nabi merupakan contoh tauladan yang unggul untuk diikuti oleh manusia sama ada yang melibatkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan hubungan dengan alam sekeliling. Menyentuh tentang adab dan etika pergaulan sesama manusia, setiap individu dalam masyarakat mempunyai obligasi yang tertentu untuk dilaksanakan. Ruang lingkup dan batas pergaulan sesama manusia perlu mengikuti tatasusila dan kodifikasi yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w. Nilai-nilai murni yang yang ditunjukkan oleh bagianda perlu dihayati dengan terperinci dan dipraktiskan bertujuan untuk memelihara keutuhan dan keharmonian dalam masyarakat. Kelembutan dan kesantunan budi pekerti yang ada Baginda bukan sahaja dikagumi oleh masyarakat Islam bahkan disegani di kalangan musuh Rasulullah.

Bagi menjamin perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah komuniti, Nabi menegaskan hubungan yang baik dan mesra perlu dikekalkan dalam hubungan interaksi sesama manusia. Sikap melukakan atau mengguris perasaan seseorang perlu dielakkan dalam hubungan berkomunikasi. Laras bahasa yang digunakan semasa bertutur perlulah mempunyai nilai-nilai positif dan memberi manfaat kepada pihak pendengar. Justeru itu, perkataan dan peri laku yang memberi konotasi negatif di tegah dalam ajaran Islam. Adalah menjadi kewajipan kepada setiap muslim menjauhkan dari sesuatu yang boleh menyumbangkan impak negatif kepada perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan persaudaraan.

4. Persaudaraan merupakan obligasi sosial yang merangkumi kewajipan-kewajipan ringkas yang perlu dilaksanakan.

Perkara ini ditegaskan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,"Tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara”,i. Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.ii. Apabila ia menjemputmu, maka penuhilah jemputannya.iii. Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.iv. Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (berdoa).v. Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. vi. Apabila ia meninggal dunia, hendaklah engkau mengiringi jenazahnya".(hadith riwayat Muslim)


Dalam sebuah hadis ada menyebut tentang kerjasama dan bertimbang rasa dengan jiran dan sahabat-handai. Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:“Hak jiran jika ia sakit hendaklah diziarahi, jika ia meninggal dunia, hendaklah dihebahkan kematiannya, jika ia minta pinjam hendaklah diberi pinjam, jika ia berada dalam kesusahan hendaklah menolongnya. Jika ia mendapat kebaikan hendaklah mengucapkan tahniah, jika ia ditimpa kesedihan hendaklah mengucapkan takziah, janganlah engkau meninggikan binaan rumah engkau melebihi binaan rumahnya kerana itu akan menghalang angin ke rumahnya. Janganlah engkau mengganggu dengan bau masakanmu kecuali engkau berikan sedikit kepadanya.” (riwayat al-Munziri)

Begitu juga dalam hadis yang lain, diriwayatkan oleh al-Hakim yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas orang Mukmin darah, harta dan harga diri sesama Mukmin, dan (mengharamkan) berprasangka buruk kepadanya”

Sekiranya dikaji dan dianalisis tuntutan yang terdapat dalam hadis di atas jelaslah beberapa garis panduan dan etika pergaulan secara umum yang ditekankan oleh Rasulullah. Oleh yang demikian, jika manusia melakukan pelanggaran kewajipan tersebut menyebabkan berlakunya kecacatan dalam hubungan persaudaraan. Bentuk perhubungan yang disarankan oleh Baginda perlu dijadikan sebagai batu asas dalam usaha pengukuhan pembentukan ummah.


5. Persaudaraan juga merupakan jalinan kemesraan dan kasih sayang.

Hal ini ditekankan oleh Rasulullah, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menyebut :

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”(riwayat Ahmad)


Dalam kita mengejar urusan dunia, kita sering lalai dan melanggari batas-batas hubungan sesama manusia. Perkara umpat mengumpat, kata-mengata, fitnah memfitnah amat jelas terjadi dalam kehidupan harian. Maka hendaklah kita ambil iktibar dari hadith ini untuk menjaga kemaslahatan ukhuwwah umat Islam itu, kelak hal ini jika tidak dijaga, maka ia akan menimbulkan pertelingkahan sesama muslim pula. Juga disebut dalam hadis Rasulullah akan tuntutan menunjukkan kemesraan dalam komunikasi harian sesama manusia,

"(Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)."(Hadis riwayat Muslim)

Malah Yusuf al-Qaradhawi dalam karyanya “Wabak Kemiskinan Dan Cara-cara Islam Merawatinya, 1988” menjelaskan, Islam menjadikan orang yang ada hubungan persaudaraan dan pertalian kaum kerabat sebagai golongan yang bersatu padu dan saling memikul tanggungjawab bersama. Individu yang kuat membantu yang lemah dan yang kaya pula membantu yang miskin. Itulah yang mendorong mereka kepada saling bersimpati dan tolong–menolong serta mengukuhkan ikatan antara mereka. Jelaslah di sini menunjukkan betapa Islam itu menekankan peri pentingnya komponen-komponen asas bagi menerapkan roh persaudaraan di kalangan umatnya. Oleh yang demikian sekiranya asas-asas ini dicemari dengan elemen yang boleh menjejaskan keharmonian dalam persaudaraan maka ia akan melahirkan satu entiti masyarakat yang bersifat individualistik. Ini disebabkan pembangunan manusia didorong kepentingan material dan tidak diseimbangkan dengan pembangunan insan yang ideal.


6. Persaudaraan dapat memupuk ke arah pengukuhan perpaduan dan keamanan.

Perpaduan dan keamanan yang dinikmati oleh masyarakat Malaysia pada hari ini menerusi persaudaraan, perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan diwarisi oleh generasi semasa dan akan datang. Perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan masyarakat perlu dijauhi.

Untuk mengekalkan keharmonian ini, masyarakat perlu berpegang kepada nilai-nilai hidup yang murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati, bersatu padu dan sebagainya. Keperluan kepada nilai ini perlu dibudayakan oleh setiap lapisan masyarakat dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam semua perkara. Tanpa perpaduan yang erat akan mewujudkan pelbagai masalah kepada masyarakat dan mengundang kepada perpecahan. Masyarakat yang lemah bermula dengan konflik persaudaraan yang wujud dalam sesebuah negara dan akhirnya ia akan melahirkan bibit perpecahan dalam interaksi perhubungan komuniti. Oleh yang demikian, unsur-unsur negatif yang boleh mewujudkan perpecahan di kalangan masyarakat merupakan virus yang sangat berbahaya kepada manusia. Sindrom sedikian perlu dibasmi dan dicegah sebelum merebak secara berleluasa dalam sesebuah masyarakat.


Khamis, 22 Mac 2012

Majlis Pengislaman bagi S/Sgt Umpang Anak Rantap yang memilih nama islamnya se bagai Awg Abdul Rahman Bin Abdul Rahim Rantap dan Isterinya, Phang Siew Fah dikenali sebagai Dyg Maisarah Binti Abdullah Phang dan anak mereka Erfan Natius Anak Umpang dikenali sebagai Muhammad Irfan Syafirullah Bin Abdul Rahman
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/08mac12/berita12.htm
Alhamdulillah kepada Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman dari Tahun 1 di sekolah ini yang telah memeluk agama Islam sebagai agama pilihan bersama keluarga beliau pada 7 Mac 2012 di Surau Polis (HQ) Gadong. Sebelumnya nama beliau ialah Irfan Natius Anak Umpang.
http://srtungku.blogspot.com/2012/03/majlis-meraikan-saudara-baru-md-irfan.html


Islamic Seminar Serves To Strengthen Family Unit


Bandar Seri Begawan - The two-day Islamic Family Development Programme Seminar themed 'Semakin Hari Semakin Sayang', organised jointly by the Family-Affairs Advisory Services Unit of the Syariah Affairs Department and the Muslimah Affairs Unit of the Mosque Affairs Department, concluded yesterday with the presentation of a resolution as well as certificates to the 100 participating couples.
The working papers presented at the seminar covered aspects of harmony and the comfort of a family unit, as well as guidelines, strategies and factors contributing to a harmonious household based on the teachings of al-Quran and al-Sunnah.
The resolution, read out by the event's Chairman, the Acting Assistant Director of Syariah Affairs, Hj Suhaimi bin Hj Gemok, states that a harmonious family unit also requires proper and effective planning and management.
"Children should be cherished, provided with education and knowledge, treated fairly and provided with necessities in accordance with their needs and the family's financial capability," he said.
Parents carry an important responsibility in shaping the character and development of their children to ensure the prevention of negative risks such as social ills and crimes.
Another point in the resolution states that a family unit should incorporate honesty and responsibility, in accordance with the teachings of Islam.
"Proper management of family time, coupled with a stable economic status and proper control of the use of information technology would enable a couple to overcome marital challenges in this era of globalisation," said Hj Suhaimi.
Issues on domestic violence were also discussed. The resolution states that domestic violence is one of the factors contributing to a failed marriage or family unit. Disagreements, lack of religious knowledge and compassion, as well as hardship, are among the factors contributing to the risk of abuse, while emotional restraints, irrational hopes and love are among the causes of denial among victims of domestic violence.
It was also suggested that public awareness should be raised in order to tackle these issues. Several amendments in the Islamic Family Regulations Order 2010 and Married Women Act 2010 have been made to include protection of victims against domestic violence.
Islam also recommends a nutritious and balanced food intake to ensure healthy offspring. The excellence and piety of a family unit are believed to be shaped through legitimate sources of income: and proper care of nutrition in food. These in turn will lead to a blissful way of family life, both spiritually and physically.
Meanwhile, among the suggestions made at the end of the seminar yesterday were: motivational talks on family affairs organised on a continuous basis at government agencies and private sector organisations; courses for couples who have been married 10 years or more; workshops for distressed couples to strengthen their marriages; and forming collaborations with relevant agencies to conduct family talks at schools and higher institutions.
http://www.brudirect.com/index.php/Local-News/islamic-seminar-serves-to-strengthen-family-unit.html
 
 JADUAL RANCANGAN KURSUS SKIM BIMBINGAN ASAS, LANJUTAN (1) DAN LANJUTAN (11) BAGI SAUDARA-SAUDARA BARU TAHUN 1433/2012
  1. skim lanjutan 1 (lelaki) siri 82  bermula: 30hb Mac 2012 - berakhir :12hb April 2012
  2. skim asas (bahasa Inggries) siri 04 bermula : 19hb April 2012 - berakhir: 02 Mei 2012
  3. Skim lanjutan 2 (perempuan) siri 17 bermula : 13hb Mei 2012 - berakhir:26 Mei 2012
  4. Skim lanjutan 2 (lelaki) siri 18 bermula :22hb Jun 2012- berakhir :05 Julai 2012
  5. Skim lanjutan 1 (perempuan) siri 83 bermula : 14hb Sept 2012 - berakhir :27 Sept 2012
  6. Skim lanjutan 1 (lelaki) siri 84 bermula : 05hb Okt 2012 - berakhir :18hb Okt 2012
*sekiranya berlaku perubahan tarikh pada kursus-kursus di atas pihak kami akan memaklumkan perubahan tersebut secepat mungkin
 Kemantapan pendidikan agama perlu dikaji ..untuk lebih lanjut baca:
http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/05dis11/berita09.htm