Majlis Pengislaman 19582 Muhd Khairul Affika Bin Kaling
Pada: 30hb March 2012
Tempat: Kampong Jangsak
Tetamu
Kehormat Majlis Timbalan Pemerintah Angkatan bersenjata Diraja Brunei
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Muhd Tawih Bin
Abdullah
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 30 Mac 2012
- Majlis pengislaman bagi 19582 Sld Khairul Affika bin Kaling, salah
seorang anggota Jabatanarah Perisikan Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei, telah berlangsung pada hari Jumaat di No 18 spg 889 Kg Kilanas,
Jangsak, Jln Gadong Negara Brunei Darussalam. Beliau melafazkan lafaz
pengakuan masuk Islamnya dihadapan pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah
Islamiyah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan memilih nama Islamnya
sebagai Sld Muhammad Khairul Affika bin Kaling.
Lafaz Kalimah Syahadat beliau disaksikan oleh para hadirin antaranya
Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigadier Jeneral Dato Seri
Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah, Pemangku Pemerintah Angkatan
Bersenjata Diraja yang berkesudian hadir selaku tetamu kehormat, SSjn
(B) Awg Ishak bin Abd Rahman selaku tuan rumah serta para Pegawai Kanan,
pegawai-pegawai ABDB & Pusat Dakwah Islamiyah Kementerian Hal
Ehwal, Ketua Kampong Jangsak serta sahabat handai dan keluarga beliau
yang hadir sama ke majlis yang berkebajikan tersebut.
Majlis pada malam berkenaan dimulakan
dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ikrar pengakuan masuk Islam,
Zikir Marhaban serta bacaan doa selamat oleh Lt. Ariffin bin Amit,
Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB.
Majlis yang ungkayahkan bersama oleh
Jabatan Pusat Dakwah Islamiyah dan ABDA serta keluarga anggota yang
diraikan dianggap sebagai satu lagi usaha murni Jabatan Agama ABDB dan
Jabatan Pusat Dakwah Islamiyah pada meningkatkan syiar agama Islam di
kalangan warga ABDB dan menarik minat pegawai-pegawai serta
anggota-anggota ABDB khususnya serta masyarakat negara ini amnya yang
belum memeluk Islam untuk memilih Islam sebagai agama anutan dan
landasan serta panduan hidup yang sempurna.
Ketika ditanya akan perasaannya memeluk Islam pada malam tersebut, Sld Muhammad Khairul Affika menyatakan sememangnya telah menjadi hasrat beliau sejak di bangku sekolah lagi untuk memeluk Islam, ditambah lagi dengan peningkatan unsur-unsur kerohanian hidup beragama dalam ABDB, dan beliau merasa amat kehadrat Allah Subhannahu Wa Ta'ala kerana memberikan dirinya Petunjuk serta Hidayat untuk memeluk Agama Islam.
Menurut statistik yang dicatatkan oleh Jabatan Agama ABDB seramai 3 orang anggota ABDB telah memeluk Islam pada tahun ini dan ianya termasuk jumlah keseluruhan 59 pegawai serta anggota yang memeluk agama Islam sejak Jabatan Agama ABDB ditubuhkan pada April 2006.

rujukan: http://www.mindef.gov.bn
Melafazkan lafaz pengakuan masuk Islamnya dihadapan pegawaii dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan memilih nama Islamnya sebagai Sld Muhammad Khairul Affika bin Kaling |
Tetamu Kehormat Majlis Timbalan Pemerintah Angkatan bersenjata Diraja Brunei Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Muhd Tawih Bin Abdullah (dua dari kiri ) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan