" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Selasa, 4 September 2012

MAJLIS PENGISLAMAN DAYANG KASTINA ANAK JIHANG.

ss1.jpgTemburong, 08hb Ogos 2012, Rabu 5.30 Petang - Telah berlangsung satu majlis pengislaman bagi seorang perempuan berbangsa iban iaitu Dayang Kastina Anak Jihang, di rumah kediaman Awg Mohin Bin Jaya, Perumahan STKRJ Kampong Rataie.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah, Yang Mulia Haji Emran Bin Haji Sabtu, Penghulu Mukim Bokok, turut hadir Ketua Bahagian Dakwah, Ustaz Abdullah Bin Namit serta pegawai dan kakitangan. Majlis pengislaman dimulakan dengan bacaan surah al fatihah yang dikepalaie oleh Imam Pos Dakwah Kampong Selapon, Haji Salleh Dicky Bin Abdullah.

Lafaz ikrar pengislaman Dyg Kastina Anak Jihang dipimpin oleh Pegawai pengislaman Dyg Sofiah Binti Md Faris dan beliau memilih namanya didalam islam sebagai Nurul Abyatina Binti Abdul Rahman Jihang, Beliau berasal daripada Kampong Baru, Limbang Sarawak dan berumur 18 tahun.

Penyampaian cenderahati pengislaman telah disampaikan oleh isteri tetamu kehormat dan diselajurkan dengan dikir marhaban yang dipimpin oleh Mohd Firdaus Bin Haji Suhaili, Bilai Masjid Utama Mohammad Salleh. Majlis menabur bunga rampai didahului oleh tetamu kehormat diikuti para jemputan dan ahli keluarga yang hadir.

Setakat dari bulan Januari 2012 hingga bulan Ogos 2012 seramai 14 orang telah memeluk islam di Daerah Temburong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan