" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Ahad, 16 Februari 2014

Majlis pengislaman Nur ain Fatihah binti Abdul Aziz Jondady @Sindey Contisa Anak Jondady


BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb2014
Seorang perempuan berbangsa Iban hari ini telah melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di kediaman ibu bapanya di Flat Polis Kawalan Diraja.
Majlis pengislaman Dayang Sindey Contisa Anak Jonady, 22, yang memilih nama Islamnya sebagai Nur ‘Ain Fatihah Abdullah Jonady, dilakukan di hadapan pegawai pengislaman dari Pusat Da’wah Islamiah.

Hadir menyaksikan majlis berkenaan selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Bahrin bin Mohd. Noor serta isteri, Datin Rosminah binti Haji Abdul Hamid.
Majlis diserikan dengan laungan dikir marhaban dan menaburkan bunga rampai oleh tetamu kehormat dan para jemputan yang hadir.
Ketika ditemui Media Permata, saudara baru berkenaan memberitahu beliau sudah lama terbuka hati untuk memeluk ugama Islam.
“Semasa zaman persekolahan dulu lagi, saya sudah terdedah dengan ugama Islam dengan mempelajari pelajar IRK, dan dari situlah rasa ingin tahu dan minat saya semakin berkembang. Saya kerap dikelilingi saudara dan sahabat handai yang berugama Islam, ia adalah salah satu sebab yang membuat saya lebih yakin untuk memeluk Islam,” jelasnya.
Keluarga Nur ‘Ain Fatihah yang amat memahami dan menghormati keputusan beliau juga telah memberi sokongan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan