Syiar agama Islam semakin berkembang
luas di Negara Brunei Darussalam sehingga jumlah mereka yang telah memeluk agama Islam juga semakin meningkat
dari semasa ke semasa. Petang tadi (15hb Jun 2012)seorang lagi lelaki berbangsa Iban telah melafazkan ikrar Islamnya
pada majlis yang berlangsung di kediaman Dayang Nor Sinah binti Haji Ali diKampung Pulaie.

Majlis diteruskan dengan Dikir
Marhaban oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Pulaie dan juga menabur bunga rampai serta
penyampaian cenderahati kepada saudara baru yang diraikan disudahi dengan
bacaan doa selamat.
Beliau akan meneruskan
pembelajarannya dalam mendalami ajaran agama Islam di Unit Pengislaman
dan Bimbingan saudara-saudara baru, Pusat Da'wah Islamiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan