" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Rabu, 12 September 2012

Rombongan berhari raya ke rumah rumah saudara-saudara baru

di rumah kediaman Md Asnawi Abdullah Kg Masin



 
Md Asnawi (tiga dari Kiri)

Di rumah Md Afiq Md Danial Kg Jangsak


Md Afiq (Tengah)




Dirumah Md Ukit Abdullah (tengah)





Diselajurkan dengan bacaan doa menunaikan fardhu haji bagi Awg Md Ukit bin Abdullah



KE ARAH MEMAHAMI DASAR-DASAR AQIDAH YANG BENAR (bhg 1)

Aqidah Secara Etimologi
Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). اعتقدت كذا 
 Membawa maksud: “Saya beriqtiqad begini”. Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” ini membawa penegrtian bahawa aqidahnya adalah bebas daripada keraguan.

Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu.

Definisi Aqidah Secara Syara’

Iaitu iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini juga disebut sebagai rukun iman.

Syari’at terbahagi kepada dua bahagian:

1 – Iqtiqadiyah, dan
2 – amaliyah

Iqtiqadiyah adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (dasar agama). (Rujuk: Syarah Aqidah Safariniyah I, m/s. 4)

Manakala amaliyah adalah segala perkara yang berkaitan dengan tata cara amal (kaedah). Seperti solat, zakat, puasa, dan seluruh hukum-hukum amaliyah. Bahagian ini disebut far’iyah (cabang agama), kerana ia dibina di atas iqtiqadiyah. Kebenaran atau rosaknya amaliyah bergantung kepada sama ada kesahihan iqtiqadiyah atau rosaknya iqtiqadiyah.

Maka aqidah yang benar adalah merupakan asas bagi pembinaan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesuatu pun dalam melaksanakan ibadat kepada Tuhannya.". (al-Kahfi, 18: 110)

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi.” (az-Zumar, 39: 65)

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).” (az-Zumar, 39: 2-3)

Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amalan yang dikerjakan tidak akan diterima jika tidak dibersihkan dari perbuatan syirik. Kerana itulah perhatian Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah perkara-perkara berkaitan pemulihan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (an-Nahl, 16: 36)

Adalah setiap rasul itu sentiasa mengucapkan pada awal dakwahnya,

“Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu melainkan-Nya.” (al-A’raaf, 7: 59, 65, 73, 85)

Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syu’aib, dan seluruh rasul alaihimussalam. Dan selama 13 tahun baginda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di Makkah sesudah bi’tsah (kerasulannya), baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) pembangunan (binaan) Islam. Para da’i dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang sahih (sebenar), dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah-perintah agama yang lain.

Jumaat, 7 September 2012

Rombongan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama berhari raya dengan saudara-saudara baru di Kg Selapon Temburong








cuaca redup ketika dalam perjalanan







di selajurkan dengan majlis Pengislaman



penyampaian chenderahati oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama  kepada saudara baru










keluarga terdekat jua turut berkongsi kegembiraan










Selasa, 4 September 2012

MAJLIS PENGISLAMAN DAYANG KASTINA ANAK JIHANG.

ss1.jpgTemburong, 08hb Ogos 2012, Rabu 5.30 Petang - Telah berlangsung satu majlis pengislaman bagi seorang perempuan berbangsa iban iaitu Dayang Kastina Anak Jihang, di rumah kediaman Awg Mohin Bin Jaya, Perumahan STKRJ Kampong Rataie.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah, Yang Mulia Haji Emran Bin Haji Sabtu, Penghulu Mukim Bokok, turut hadir Ketua Bahagian Dakwah, Ustaz Abdullah Bin Namit serta pegawai dan kakitangan. Majlis pengislaman dimulakan dengan bacaan surah al fatihah yang dikepalaie oleh Imam Pos Dakwah Kampong Selapon, Haji Salleh Dicky Bin Abdullah.

Lafaz ikrar pengislaman Dyg Kastina Anak Jihang dipimpin oleh Pegawai pengislaman Dyg Sofiah Binti Md Faris dan beliau memilih namanya didalam islam sebagai Nurul Abyatina Binti Abdul Rahman Jihang, Beliau berasal daripada Kampong Baru, Limbang Sarawak dan berumur 18 tahun.

Penyampaian cenderahati pengislaman telah disampaikan oleh isteri tetamu kehormat dan diselajurkan dengan dikir marhaban yang dipimpin oleh Mohd Firdaus Bin Haji Suhaili, Bilai Masjid Utama Mohammad Salleh. Majlis menabur bunga rampai didahului oleh tetamu kehormat diikuti para jemputan dan ahli keluarga yang hadir.

Setakat dari bulan Januari 2012 hingga bulan Ogos 2012 seramai 14 orang telah memeluk islam di Daerah Temburong.

Isnin, 3 September 2012

Beraya bersama saudara baru di Kampung Bebuloh

MUKIM PENGKALAN BATU, Ahad, 2 September.

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih terasa  walaupun sudah memasuki minggu kedua  hari ini.

Pelbagai pihak di negara ini terus menganjurkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1433 Hijriah/ 2012 Masihi dan antara yang mengadakan sambutan seumpamanya ialah Penduduk Kampung Bebuloh dengan kerjasama Pusat Da'wah Islamiah.

Hadir selaku tetamu pada majlis yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama kampung berkenaan di sini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan isteri, Datin Hajah Halimah binti Mohamad Taib.

Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Awang Sa Bali bin Abas.
Ketua Kampung Bebuloh, Awang Haji Muhd. Sa'id bin Tundak selaku Pengerusi Majlis ketika berucap di majlis tersebut berkata sambutan ini antaranya bertujuan untuk memberikan peluang beramah mesra bersama saudara-saudara baru kampung tersebut dan penduduk kampung Bebuloh.
Perkembangan penduduk Kampung Bebuloh yang memeluk agama Islam jelasnya terdiri daripada puak Dusun dan Bisaya.

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan doa selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Ilmami bin Haji Osman dan diserikan dengan persembahan tausyeh  dibawakan oleh penduduk Kampung Bebuloh di samping  persembahan deklamasi sajak dari  Awang Mohd. Saifullah bin Haji Mohd. Sofian serta persembahan lagu Hari Raya Aidilfitri dari penduduk kampung tersebut.
Menteri Hal Ehwal Ugama dan Isteri serta Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya menyampaikan cenderahati kepada hadirin yang bertuah.

Majlis berakhir dengan ramah mesra dan penyampaian buah tangan kepada saudara baru kampung Bebuloh yang disampaikan oleh tetamu kehormat serta kunjungan ke rumah Penasihat Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh, S/INSP (Bersara) Haji Md. Sofian bin Abdullah diikuti dengan kunjungan ke rumah kediaman Ketua Kampung Bebuloh.
Dengan adanya majlis ini akan menyatupadukan penduduk kampung serta mengeratkan lagi hubungan orang Islam dan bukan beragama Islam di kampung tersebut di suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut setiap tahun di negara ini.

rujukan; http://www.pelitabrunei.gov.bn/