" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Isnin, 30 April 2012

Majlis Pengislaman Md Salim Bin Abdullah Omping serta keluarga

Majlis Pengislaman Md Salim Bin Abdullah Omping @ Sigai Anak Omping serta keluarga
Tempat: Unit Pengislaman dan Bimbingan saudara-saudara baru.
Tarikh : 30 April 2012
Hari : Isnin





Vedio pengislaman click :

Ahad, 29 April 2012

Aktiviti Riadah peserta Skim Asas Ingeris 2012 di Bukit Shahbandar

29hb April 2012
Peserta Skim Asas Ingeris 2012 di Bukit Shahbandar
Ahad : 2:30 Ptg

'AMALAN BAIK: PENGENDALIAN HADIAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM'


'AMALAN BAIK: PENGENDALIAN HADIAH DALAM PERKHIDMATAN AWAM'

Biro Mencegah Rasuah (BMR) dengan sokongan penuh Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan satu garis panduan pengendalian hadiah dalam Perkhidmatan Awam dalam usaha untuk menjadikan negara ini bebas dari rasuah.

Garis panduan tersebut akan diterbitkan dalam buku kecil dengan tajuk 'Amalan Baik: Pengendalian Hadiah dalam Perkhidmatan Awam' sebagai rujukan pegawai kerajaan dalam mengendalikan hadiah yang diberikan kepada mereka atau keluarga mereka.

Pemangku Pengarah BMR, Ang Swee Kiang menjelaskan, pegawai kerajaan yang diberikan hadiah perlu melalui tiga peringkat ujian, iaitu dalam ujian pertama, pegawai kerajaan yang diberikan hadiah hendaklah menilai sama ada hadiah itu diberi dengaan niat rasuah atau tidak.

Jika mempunyai niat rasuah, pegawai kerajaan berkenaan hendaklah menolak dan melaporkannya ke BMR, yang mana ujian itu merujuk kepada Bab 5(a) dan 6(a) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) yang menggariskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa juga [5(a)] dan mana-mana ejen [6(a)] secara tidak jujur menerima suapan (pengertian 'suapan' di bawah Bab 2 Akta Pencegahan Rasuah adalah termasuk hadiah) dari sesiapa sahaja.

Ujian itu juga merujuk kepada Bab 161 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) yang menggariskan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi pegawai kerajaan untuk menerima atau memperolehi sebarang suapan bagi melakukan atau tidak melakukan mana-mana kerja rasminya.

Manakala dalam ujian kedua, jika hadiah diberi dengan tiada niat rasuah, pegawai kerajaan tersebut hendaklah melalui ujian kedua, iaitu pegawai kerajaan yang diberikan hadiah hendaklah memastikan bahawa dia tidak ada urusan rasmi dengan pemberi hadiah.

Jika pegawai kerajaan berkenaan mempunyai urusan rasmi, maka dia hendaklah menolaknya tetapi jika tidak dapat dielak, dia boleh menerima dan hendaklah diisytiharkan kepada pihak berkuasa, yang mana ujian itu merujuk kepada Bab 165 yang menggariskan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi pegawai kerajaan untuk menerima atau memperolehi barang-barang berharga, tanpa bayaran atau dengan bayaran bukan nilai sebenarnya, daripada sesiapa sahaja. Dalam erti kata lain pemberian itu ada kena-mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan atau yang akan dijalankan oleh pegawai itu.

Dalam ujian ketiga, jika hadiah diberi dengan tiada niat rasuah dan tiada urusan rasmi di antara pemberi dan pegawai kerajaan yang diberi hadiah, pegawai kerajaan tersebut hendaklah melalui ujian ketiga, iaitu pegawai kerajaan yang diberikan hadiah hendaklah memastikan sama ada pemberian tersebut adalah dari sahabat atau saudara-mara.

Jika bukan dari sahabat atau saudara-mara, maka dia hendaklah menolaknya tetapi jika tidak dapat dielak, dia boleh menerima dan hendaklah diisytiharkan kepada pihak berkuasa manakala jika pemberian tersebut dari sahabat atau saudara-mara, maka hadiah tersebut bolehlah diterima tanpa perlu diisytiharkan.

Ujian itu merujuk kepada Peraturan 12(a) Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83) yang menyatakan bahawa pegawai-pegawai dan keluarga mereka adalah ditegah daripada menerima hadiah-hadiah (selain daripada hadiah-hadiah daripada sahabat-sahabatnya sendiri atau saudara-mara) sama ada yang berupa wang, barang-barang, tambang-tambang percuma atau faedah-faedah yang lain, dan daripada memberi hadiah-hadiah yang sedemikian.

Sehubungan dengan itu, bagi memberikan kefahaman kepada kerajaan mengenai garis panduan ini, BMR melalui Bahagian Pencegahan Rasuah akan mengadakan jerayawara di keempat-empat buah daerah dan seterusnya akan mengagih-agihkan garis panduan melalui buku kecil itu nanti.


PENGENDALIAN HADIAH BOLEH MEMBENTUK RASUAH


Antara lain menerangkan tentang dasar Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83) di mana pegawai dan kakitangan kerajaan adalah ditegah menerima hadiah kecuali dari saudara atau sahabat sama ada berupa wang, barang-barang, tambang percuma atau faedah-faedah lain.

Selain itu taklimat juga menyentuh mengenai undang-undang yang telah dirujuk dalam menyediakan amalan baik khususnya kesalahan-kesalahan di bawah Bab 5(a) dan Bab 6(a), Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131); Bab 161 dan 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22).

Kanun Hukuman Jenayah menyatakan jika pegawai kerajaan mempunyai urusan rasmi, dia hendaklah menolak pemberian hadiah tetapi jika tidak dapat dielak, dia boleh menerima dan hendaklah diisytiharkan pemberian tersebut kepada pihak berkuasa

Semantara itu Bab 165 menggariskan bahawa menjadi kesalahan bagi pegawai kerajaan untuk mnerima atau memperolehi barang-barang berharga,tanpa bayaran atau dengan bayaran bukan nilai sebenar,daripada sesiapa saja

Dalam erti kata lain pemberian itu ada kena-mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan atau yang akan dijalankan oleh pegawai itu.



Jika sabit kesalahan hukuman penjara bagi satu tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan denda.

Di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) diterangkan bahawa menjadi kesalahan bagi pegawai kerajaan untuk meminta atau menerima hadiah daripada sesiapa sahaja dengan secara tidak jujur sebagai satu dorongan atau ganjaran untuk melakukan atau tidak melakukan, sesuatu perbuatan berhubung dengan hal-hal atau urusan orang atasannya.

Hukuman denda bagi kesalahan tersebut, BND30,000 dan penjara tujuh tahun

Sabtu, 28 April 2012

Nasihat al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi kepada yang menyatakan berjuang untuk Islam

Nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

“Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.”

al-Syeikh Maulana Abul Hasan Ali al-Nadwi : Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan



Jumaat, 27 April 2012

Majlis Pengislaman : Nur Iman Safwan, Md Azzam Al-Hadi, Nur Syamimii Asyikin, Nur Akalili Ajeerah

Majlis Pengislaman : Nur Iman Safwan(24thn), Md Azzam Al-Had(22thn)i, Nur Syamimii Asyikin(19thn), Nur Akalili Ajeerah(1bln 13 Hari)
Tempat : No9 Baitie Jannatie, Spg 396-93-157-26 Kg Jerudong BG3122
Tarikh : 05 Jamadilakhir 1433 / 27 April 2012
Tetamu: Dato Seri Setia Haji Tassim Bin Hj Akim
Nur Iman Safwan(24thn), Md Azzam Al-Hadi(22thn), Nur Syamimii Asyikin(19thn)
Tetamu: Dato Seri Setia Haji Tassim Bin Hj Akim

Khamis, 26 April 2012

Kenali Masjid Al-Aqsa







BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin



Batu Terapung PALSU 1
Gambar(Atas) PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan.



Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

      gambar (atas) ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..


Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.


Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini


Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung
gambar (atas) Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Batu Terapung Isra' Mikraj -Dari Atas-
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

rujukan:http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

HADITH DAN KATEGORI-KATEGORI HADITH


Hadith Qudsi
 
Ulama’ hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi adelah perkataan Nabi S.A.W yg disebut dgn mengatakan Allah telah berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.iaitu titah Allah yg disampaikan kepada Nabi 
 
melalui jalan ilham atau mimpi,lalu Rasulullah menyampaikannya kepada ummat dgn perkataannya sendiri dan menyandarkannya pada Allah, sedang hadith2 lain tidak.
 
bahagian nama-nama hadith:
 
 
Hadith Mutawatir
hadith mengenai perbuatan atau perkataan atau taqrir Nabi S.A.W yg diketahui oleh beberapa org yg sampai kepada bilangan mutawatir – bilangan yg mustahil pd fikiran kita mereke akan muafakat buat dusta tentang hadith tu.
 
 
Hadith Masyhur atau Mustafidh
hadith yand diriwayatkan dari tiga sanad yg berlainan – iaitu hadith yg diriwayatkan kepada 3 org atau lebih,kepada lagi 3 orang atau lebih dan sterusnya sehingga sekurang-kurangnya dapat 3 sanad.[nota : sanad = jalan menyampaikan hadith]
 
 
Hadith Sahih
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang-orang yg meriwayatkannya ade sifat-sifat yang berikut :
 
 
1-adil- orang Islam yang baligh,beraqal, tidak buat dosa besar, tidak berterusan buat dosa kecil dan tidak buat perkara-perkara yang jatuhkan maruah dan kehormatan diri
 
 
2-Dabid- orang yang cukup kuat ingatan untuk ingat apa yang didengar dan mudah mengeluarkannya bila perlu, termasuk menulis hadith yang didengar dan disimpan sampai benar-benar sah diriwayatkan orang daripadanya.
 
 
3-Sejahtera dari keganjilan- sejahtera riwayatnya dari perbezaan dengan bertambah atau berkurangan pada sanad atau matan hadith jika dibandingkan dari riwayat orang-orang kepercayaan.
 
 
4-Sejahtera dari ‘illat – sejahtera dari sigar-sigar yang dapat meburukkan atau mencacatkan hadith.
 
hadith sahih boleh dijadi hujjah dalam hukum Islam.
 
 
Hadith Hasan
 
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang yang meriwayatkannya adil, sejahtera dari keganjilan dan ‘illat, tapi kurang dabidnya
 
*Hadith Hasan Sahih
hadith yang hasan lagi sahih
 
 
Hadith Da’if
hadith yang ada syarat hadith sahih tapi tiada syarat hadith hasan seperti rawinya bukan Islam, belum baligh,tak tahu orang bagaimana sifatnya,pelupa,pernah berdusta dan tak menjauhi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya,ditambah lagi jika menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.
 
 
Hadith Marfu
hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W
 
 
Hadith Mauquf
fatwa atau kata-kata sahabat yang diriwayatkan kepada kita – iaitu kata-kata itu terhenti pada sahabat bukan pada Nabi. S.A.W
 
 
Hadith Mursal
perkataan seorang tabi’in yang sudah tentu tidak bertemu dengan Nabi S.A.W, tetapi riwayatnya langsung pada Nabi dengan tak melalui perantaraan sahabat.
 
 
Hadith Muttasil
hadith yang berhubung sanadnya, tiap-tiap yang meriwatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya hingga sampai kepada Nabi S.A.W atau sahabat.
 
 
Hadith Mahfuz
hadith yang terpelihara – iaitu rawi itu orang yang dipercayai dan tak menyalahi golongan kepercayaan selain darinya dengan penampahan atau kurang.
 
 
Hadith Jayyid
hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli-ahli hadith.
 
 
Hadith Mujawwad dan Thabit
hadith yang sahih dan hasan. hadith sahih dan hadith hasan juga dinamakan hadith mujawwad dan hadith thabit
 
 
Hadith Maudu’
hadith palsu, yang hadith tersebut perkataan seseorang tetapi dikatakan hadith Nabi S.A.W.