" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Ahad, 29 April 2012

PENGENDALIAN HADIAH BOLEH MEMBENTUK RASUAH


Antara lain menerangkan tentang dasar Peraturan 12, Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib), Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Penggal 83) di mana pegawai dan kakitangan kerajaan adalah ditegah menerima hadiah kecuali dari saudara atau sahabat sama ada berupa wang, barang-barang, tambang percuma atau faedah-faedah lain.

Selain itu taklimat juga menyentuh mengenai undang-undang yang telah dirujuk dalam menyediakan amalan baik khususnya kesalahan-kesalahan di bawah Bab 5(a) dan Bab 6(a), Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131); Bab 161 dan 165 Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22).

Kanun Hukuman Jenayah menyatakan jika pegawai kerajaan mempunyai urusan rasmi, dia hendaklah menolak pemberian hadiah tetapi jika tidak dapat dielak, dia boleh menerima dan hendaklah diisytiharkan pemberian tersebut kepada pihak berkuasa

Semantara itu Bab 165 menggariskan bahawa menjadi kesalahan bagi pegawai kerajaan untuk mnerima atau memperolehi barang-barang berharga,tanpa bayaran atau dengan bayaran bukan nilai sebenar,daripada sesiapa saja

Dalam erti kata lain pemberian itu ada kena-mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan atau yang akan dijalankan oleh pegawai itu.



Jika sabit kesalahan hukuman penjara bagi satu tempoh tidak melebihi tujuh tahun dan denda.

Di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) diterangkan bahawa menjadi kesalahan bagi pegawai kerajaan untuk meminta atau menerima hadiah daripada sesiapa sahaja dengan secara tidak jujur sebagai satu dorongan atau ganjaran untuk melakukan atau tidak melakukan, sesuatu perbuatan berhubung dengan hal-hal atau urusan orang atasannya.

Hukuman denda bagi kesalahan tersebut, BND30,000 dan penjara tujuh tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan