Gambar(Atas) PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan. |
gambar (atas) ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj.. Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis
yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid
Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi
bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud):
“Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan
(syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di
Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada
penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi.
Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung.
Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam
kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan
tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri
berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang
tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan
dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid
dengan Qubbatul Sakhrah ini
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang
melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar
wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini,
batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung
besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan
keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika
untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
gambar (atas) Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati
ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di
segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia
tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya
kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ,
di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu
besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun
dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu
itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal
keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan
orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil
tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak
lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah
bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah
batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
rujukan:http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan