Istilah Sunnah di sini merujuk Sunnah Nabi s.a.w yang merangkumi
penghayatan al-Quran dan sunnah, maka ahli sunnah ialah mereka yang
menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jama’ah merujuk kepada para
sahabat Nabi s.a.w dalam ertikata lain menghayati al-Quran dan Sunnah
seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu
para sahabat. Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan Sunnah adalah
pegangan mereka sementara penghayatan para sahabah adalah panduan
mereka, maka mereka adalah Ahlus sunnah wal Jama’ah
(lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).
(lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).
Maka dengan itu berbagai mazhab fekah sekalipun ada perbezaan
pandangan mereka tidak dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini
seperti kata ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): “Maka termasuk
dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi’i,
al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin
Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang
menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak
mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida’ah ahli hawa nafsu dan sesat”
(al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).
(al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan