" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Selasa, 17 April 2012

siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?.

Istilah Sunnah di sini merujuk Sunnah Nabi s.a.w yang merangkumi penghayatan al-Quran dan sunnah, maka ahli sunnah ialah mereka yang menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jama’ah merujuk kepada para sahabat Nabi s.a.w dalam ertikata lain menghayati al-Quran dan Sunnah seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu para sahabat. Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pegangan mereka sementara penghayatan para sahabah adalah panduan mereka, maka mereka adalah Ahlus sunnah wal Jama’ah
(lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).

Maka dengan itu berbagai mazhab fekah sekalipun ada perbezaan pandangan mereka tidak dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini seperti kata ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): “Maka termasuk dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi’i, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida’ah ahli hawa nafsu dan sesat”

(al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan