" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Isnin, 31 Disember 2012

Anggota TLDB peluk ugama Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Ermah Binti Eja'an dari Jabatan Logistik, TLDB berserta adik beliau Erzarinah binti Eja'an telah memeluk ugama Islam hari ini pada satu upacara pengislaman yang diadakan di Surau TLDB, Pangkalan Muara.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah.
Dua saudara baru itu, iaitu Ermah binti Eja'an memilih nama Islamnya Nur Syaahmah Mardziah binti Abdullah sementara adik beliau Erzarinah binti Eja'an memilih nama Islamnya sebagai Nur Syahrinah Mardziah binti Abdullah.
Turut hadir pada upacara itu ialah Pemangku Pemerintah TLDB, Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Muhammad, pegawai kanan TLDB, pegawai askar wanita, pegawai tak bertauliah kanan, askar wanita dari semua unit ABDB, perwakilan dari Pusat Da'wah Islamiah dan Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Ketua Kampung Bukit dan ahli keluarga.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Soldadu (L) Azim bin Ahmd Fadzilah yang dikuti dengan upacara pengIslaman Ermah bersama adiknya oleh Hajah Wadinanty binti Abdullah dari Pusat Da'wah Islamiah dan majlis diserikan dengan laungan takbir dan bacaan dikir Marhaban.
Pada majlis itu Pemangku Pemerintah ABDB juga menyampaikan cenderahati kepada anggota yang diraikan sebelum majlis berakhir dengan bacaan doa penutup yang dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Ugama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan