" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Rabu, 18 Julai 2012

Majlis Pengislaman 18657 Sld Joe Patra bin Jasni

TUTONG, Juma'at 29 Jun 2012- Majlis pengislaman bagi 18657 Sld Joe Patra bin Jasni, salah seorang anggota Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berlangsung di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong Batalion Kedua TDDB. Beliau melafazkan pengakuan masuk Islam dihadapan Pegawai-pegawai dari Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Joe Patra bin Jasni.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berkebajikan ialah Brigedier Jeneral  Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman, Pemerintah TDDB. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB dan Pusat Dakwah Islamiyah serta anggota-anggota Batalion Kedua TDDB dan keluarga anggota yang diraikan.