" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 14 Julai 2012

Majlis Pengislaman Pemuda Filipina

GADONG, Jumaat, 13 Julai. Syiar Islam yang telah lama bertapak di negara ini semakin berkembang malah jumlah saudara baru memeluk agama Islam juga terus bertambah dari masa ke masa.

Sehubungan itu, seorang pemuda berbangsa Filipina hari ini memilih Islam sebagai pegangan hidupnya dengan melafazkan dua kalimah syahadat di Majlis Pengislaman yang berlangsung di kediaman Awang Haji Mohd. Salleh bin Abdul Kadir di Kampung Tungku, di sini.