" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 7 Julai 2012

majlis pengislaman sekeluarga puak iban, Awang Seruji Anak Amang


Temburong, 06hb Julai 2012, Jumaat, 9.30 Pagi - Telah berlangsung satu majlis pengislaman sekeluarga puak iban, Awang Seruji Anak Amang, berserta isteri dan anak beliau yang telah diadakan di Rumah Panjang Kampong Sumbiling Baru.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah, Ustaz Haji Miramit Bin Haji Damit, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong juga turut hadir Ustaz Abdullah Bin Namit, Ketua Bahagian Dakwah, Haji Bahrun Bin Haji Talib, Penghulu Mukim Amo serta para-para jemputan dan ahli keluarga terdekat.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Imam Haji Lisa Bin Haji Tengah, Imam Balai Ibadat Kampong Sibut bagi memberkati majlis. Majlis diteruskan dengan mendengarkan lafaz ikral masuk islam daripada Awg Seruji sekeluarga. Awg Seruji Anak Amang memilih namanya didalam islam sebagai Muhammad Seruji Bin Abdul Rahim, manakala isterinya Dyg Emah Anak Anggat kini dikenali sebagai Na'imah Binti Abdullah Anggat dan anaknya Awg Amirul Nazri Anak Seruji memilih namanya di dalam islam sebagai Muhammad Amirul Nazri Razqallah Bin Muhammad Seruji.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati pengislaman yang telah disempurnakan tetamu kehormat, Haji Miramit Bin Haji Damit dan setelah itu mendahului majlis menabur bunga rampai yang diiringi dengan dikir marhaban yang dibawakan oleh ahli takmir masjid Kampong Selangan yang diketuai oleh Imam Haji Yusof Bin Haji Ahad.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan menikmati jamuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan