" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Jumaat, 18 Mei 2012

Please jangan Bohong

Berbohong adalah satu sifat yang buruk dan bukan akhlak  golongan salihin dan Mukmin. Sebaliknya ia adalah perangai para munafik seperti sabda Nabi s.a.w:
“tanda munafik itu tiga; apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkiri dan diberi amanah dia berlaku khianat”
(riawayat oleh Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat yang lain;
“empat perkara jika ada sesiapa seumpamanya, nescaya dia seorang munafik sejati. Jika ada salah satu sahaja, bererti dirinya mempunyai ciri-ciri munafik, sehinggalah dia meninggalkannya. Bila bercakap dia berbohong, bila diberi amanah dia khanat, bila dia berjanji dia mungkiri dan apabila berkelahi dia berbuat jahat”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Tirmizi, dan Nasai dari hadis Abdullah bin Amru r.a)
Bohong bukanlah sifat orang-orang beriman. Ia adalah sifat munafik yang sentiasa sahaja berbohong dan menguatkan pembohongan mereka dengan sumpah hinggakan pada hari kiamat pun mereka berbohong di hadapan Allah serta bersumpah seperti yang mereka lakukan terhadap orang-orang Islam di dunia. Mereka hanyalah di nilai sebagai pembohong.
Di dalam al quraan ada di sebutkan:
إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْكَاذِبُونَ (105)
“sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berdusta”
(An Nahl :105)
Nabi s.a.w sendiri pernah ditanya:
“adakah orang yang beriman itu pengecut? “ jawab baginda ; “ya”.Dia ditanya lagi; “adakah dia bakhil?”. Jawabnya ; “ya” . Apabila ditanya; “Adakah dia juga penipu?”. Baginda menjawab ; “tidak”.
(Diriwayatkan oleh Malik sebagai hadis Mursal dari Safuan bin Sulaim)
Terdapat  goglongan manusia yang lemah jiwanya dan disifatkan pengecut dan terlalu penakut. Ada juga yang bakhil dan disifatkan sebagai kedekut yang diusahakan.



Nabi s.a.w pernah bersabda;                                                        
“ kamu hendaklah berlaku benar, kerana benar membawa ke arah kebaikan dan kebaikan pula membawa kepada syurga. Sentiasalah seseorang itu berlaku jujur sehingga tertulis di sisi Allah dia sebagai seorang yang jujur. Hendaklah kamu mennjauhi berbohong kerana ia membawa kepada kejahatan. Kejahatan pula membawa kepada ke neraka. Sentiasa seorang lelaki hinggalah tertulis di sisi Allah dia adalah seorang pembohong”.
(Disepakati dari hadis Ibnu Mas’ud)
Biasanya berlaku jujur diperolehi melalui amalan kebiasaan dari usaha. Setiap orang Islam hendaklah membiasakan anak-anaknya semenjak kecil lagi dengan sifat jujur serta melarang mereka dari berbohong.
Nabi Muhammad s.a.w pernah mendengar seorang ayah berkata kepada anaknya; “Ayah akan berikan padamu ini, dan ini”. Baginda pun bertanya kepadanya ; “Adakah awak memang berniat untuk memberinya?” Jawab si bapa ; “Tidak”. Lalu baginda berkata ; “sama ada awak memberinya atau mensedekahkanya, sesungguhnya Allah melarang dari berbohong”. Lalu lelaki itu bertanya kepada Baginda ; “Wahai Rasullulah adakah ini dikatakan  berbohong?” Jawab Baginda ; Ya! “Sesungguhnya tiap sesuatu telah tertulis. Bohong ditulis sebagai bohong dan hampir-hampir bohong itu juga ditulis”
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Abi al-Dunia daripada hadis al-Zuhri dari Abu Hurairah dan tidak didengar darinya)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“tiga jenis orang yang Allah tidak akan memandang kepadanya pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dan bagii mereka azab yang pedih; orang tua yang berzina, raja yang amat pemohong dan orang fakir tang takbur”

Orang-orang tersebut di dalam hadis tadi melakukan maksiat tanpa sebarang hajat kepadanya (maksiat itu). Raja atau ketua  yang pembohong yang melakukannya terhadap orang ramai sedangkan dia sepatutunya menjadi contoh yang baik, dosanya amatlah besar.
Orang yang berzina selepas melampui usia mudanya dan menjangkau kepada usia tua. Si miskin atau si fakir boleh menjadi takbur untuk mendengar panduan atau nasihat dan sebagai  yang menjadi petunjuk baginya serta membawa ke arah kebaikan.
Ketiga-tiga mereka tidak akan dipandang langsung, oleh Allah pada hari kiamat kelak dan tidak akan menyucikan mereka dan mereka akan mendapat azab yang amat pedih.
rujukan : Dr yusof Qaradawi : fatwa Masa Kini : 295:298

Tiada ulasan:

Catat Ulasan