Sebelum persoalan ini dapat dirungkaikan, elok jika kita dapat sama-sama melihat definisi Gharar menurut istilah Shariah iaitu:
ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم
Ertinya:
Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin
wujud atau tidak. (Bada'i As-Sonai'e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut,
Al-Sarakhsi, 3/194)
Nabi Muhammad SAW menegaskan:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر
Ertinya: "Nabi melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar" (Riwayat Muslim, 5/3 )
Jahalah
pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau
harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, semua kategori
diatas adalah termasuk dalam kategori ‘jahalah' dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar' atau ketidaktentuan.
Memang
benar tidak meletakkan harga boleh adalah cara yang kurang baik, boleh
membawa syubhah dan adakalanya boleh membawa kepada ‘gharar fashiyh’ atau KETIDAPASTIAN YANG BESAR yang merosakkan aqad.
Pun
begitu, dalam konteks membeli di pasar atau bazaar Ramadhan, tahap
gharar ini telah menjadi berkurangan disebabkan pembeli berpeluang
bertanya harga sebelum bayar dan seterusnya boleh membatalkan pembelian
atau mengurangkan item yang dibeli jika merasakan harga tidak
sebagaimana yang dijangkakan.
Selain
itu, nilai harga pembelian makanan di pasar-pasar malam adalah kecil
dan biasanya disekitar bawah RM 100 / 100bnd sahaja. Jika makanan pula, biasanya
sekitar RM 30/30bnd ke bawah purata nilai pembelian. Oleh kerana nilai harga
sebegitu telah diketahui biasanya oleh pembeli, ketidaktahuan mereka
disaat itu tidak menjadikan gharar dalam kontrak begitu serius sehingga
membatalkan aqad, ia digelar ‘gharar yasir’ atau gharar yang kecil.
Ini
berbeza dengan situasi jika pesakit bertemu doktor perubatan atau
pemilik kereta bertemu mekanik kereta. Dimana biasanya gharar dalam
harga dalam kedua contoh ini lebih bahaya kerana ia melibatkan nilai
yang besar, sukar ditarik semula, dibatalkan dan pelanggan seolah
TERPAKSA MEMBAYAR walau tidak bersetuju dengan harganya.
Oleh
kerana itu, elok semua mekanik dan para doktor atau pihak hospital yang
beragama Islam kembali menyemak cara mereka mengenakan bayaran, sama
ada bebas dari gharar atau tidak.
Sekian
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan