" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Isnin, 28 Mei 2012

Majlis Pengislaman



satrianie.JPG
Majlis Pengislaman Dyg Satrianie Binti Norli
Oleh: Hj Haris Mahadi

Tutong, 25 Mei 2012, Jumaat. Majlis pengislaman bagi seorang perempuan Dusun telah dilangsungkan di Kg Sungai Damit, Ukong, Daerah Tutong. Dayang Satrianie binti Norli, 21 tahun telah menlafazkan dua kalimah Syahadah dan seterusnya memilih nama Islam beliau sebagai Dhia Marissa Delisha binti Abdullah Norli. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Hj Othman bin Uking, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang mana seterusnya berkesudian menyampaikan cenderahati kepada yang diraiekan. Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban yang disampaikan oleh Kumpulan Dikir PESATU dan seterusnya menabur bunga rampai oleh jemputan-jemputan yang hadir.

Sementara itu sebelah malamnya pula satu lagi majlis pengislaman diadakan bertempat di Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Kg Sungai Kelugos, Tutong. Dayang Mazura binti Besar, 25 tahun, warganegara Malaysia telah memilih nama beliau di dalam ugama Islam sebagai Nur Mazura Saniera binti Besar. Hadir pada majlis tersebut Yang Mulia Hj Abd Aziz bin Akop, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Ketua Kampung Sungai Kelugos serta jemaah-jemaah masjid. Sepanjang tempoh tahun 2012 ini, seramai 46 orang telah pun memeluk ugama Islam di Daerah Tutong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan