Antara khurafat adalah kepercayaan adanya kayu atau rajah atau bahan
tertentu mempunyai kesaktian tertentu. Ini seperti percaya dengan kayu
kokka yang dijual di negara ini. Bahkan kayu tersebut dijual di Mekah
dan Madinah oleh warga Bangladesh yang bertaburan di sana. Ramai pula
yang membeli.
Menggunakan nama agama lalu kayu itu dijual, kononnya tongkat Nabi
Musa a.s dibuat daripadanya. Demikian juga kononnya bahtera Nabi Nuh a.s
juga diperbuat daripadanya. Maka dibohongilah orang ramai kononnya kayu
itu jika disimpan membawa rezeki, atau menolak bala dan berbagai
kesaktian yang lain.
Maka harga kayu tersebut yang beberapa ringgit di negaranya bertukar
menjadi ratusan bahkan ribuan ringgit di negara kita. Padahal tidak satu
dalil yang sahih pun dalam Islam mengenai kayu kokka tersebut. Mustahil
pula untuk Islam membicarakan perkara yang bodoh seperti itu. Bahkan
itu termasyuk dalam sabda Nabi s.a.w.
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
“ Sesiapa yang menggantung (tangkal) maka dia melakukan kesyirikan” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).Menggantung di sini bermaksud menggantung sesuatu yang dipercayai dapat menangkis bala atau mendatang sesuatu kebaikan.
Perbuatan itu di samping ia syirik, ia adalah satu kebodohan dan penipuan syaitan.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan