" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Rabu, 30 Mei 2012

Kuasa wali Mujbir

Wali mujbir ertinya wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin perempuan itu terlebih dahulu. Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan berkahwin.

Dalilnya ialah:
'Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya'. (Riwayat Darul-Qutni)

Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah

Kata Dr Yusof al Qardhawi ;

"Siapa tahu, jika Asy-Syafi'e r.a hidup di zaman kita dan melihat kemajuan pengetahuan dan ilmu yang dicapai oleh anak gadis hari ini, sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka, atau jika mereka kahwin tanpa kerelaan akan menyebabkan kehidupan rumahtangga menjadi neraka, barangkali jika Asy-Syafi'e melihat hal ini, dia akan mengubah pendapatnya seperti mana dia telah mengubah banyak pendapatnya"

- Al-Qardhawi, Al Fatawa al Mu'asarah hlm 337-338, Beirut: Dar Ulil an-Nuha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan