Gejala
 rasuah atau yang disebut ‘undertable' sememangnya menjauhkan mereka 
yang terlibat dari Allah. Setiap kali dilakukannya, semakin jauh mereka 
dengan rahmat dan berkat dari Allah, kesannya harta dan wang yang mereka
 perolehi kering dari keberkatan yang seterusnya akan mempengaruhi hati 
dan jiwa semua yang menikmati harta haram terbabit. Hari demi hari 
mereka akan semakin berat dalam pelaksanaan ibadah, dan semakin 
mencintai dunia dan gemarkan maksiat. Itulah akibat dari harta yang 
tiada keberkatan. 
Dari
 keadaan buruk itu, sememangnya tidak dinafikan dosa yang mengeras di 
hati dan jiwa akan mula mengikis pegangan akidah sesoerang, keyakinannya
 kepada Allah pemberi rezeki akan mula terhakis sedikit demi sedikit. 
Itulah yang disebutkan oleh Allah sebagai orang yang menjadikan hawa 
nafsunya sebagai tuhan. Kerana itu Nabi mengajar kita untuk membaca 
setiap kali selepas solat :-
اللهم لا مانع لما أعطيت، ولا معطي لما منعت، ولا ينفع ذا الجد منك الجد
Ertinya
 : Wahai Allah, tiada sesiapa boleh menahan apa yang ingin engkau 
berikan, dan tiada siapa boleh memberi apa yang engkau tahaninya, tiada 
daya dan guna lagi ketika itu pemilikan orang yang kaya (untuk pengaruhi
 penahan dan kebenaran Allah). (Riwayat al-Bukhari & Muslim) 
Juga penegasan nabi :-
أن
 الأمـة لـو اجـتمـعـت عـلى أن يـنـفـعـوك بشيء لم يـنـفـعـوك إلا بشيء قـد
 كـتـبـه الله لك، وإن اجتمعـوا عـلى أن يـضـروك بشيء لـم يـضـروك إلا بشيء
 قـد كـتـبـه الله عـلـيـك
Ertinya
 : seluruh umat jikalau mereka berpadu untuk member manfaat kepadamu, 
tidak akan mendapatimu kecuali apa yang telah ditaqdirkan oleh Allah 
untukmu, dan sekiranya mereka berpadu untuk memudaratkanmu, tiada 
keburukan menganiamu kecuali apa yang telah ditaqdirkan ke atasmu. ( 
Riwayat At-Tirmidzi, Hadis Hasan Sohih)
Demikianlah,
 pentingnya menyedari dan menginsafi bahawa pendapatan dan rezeki kita 
TIDAK AKAN LARI dan TIDAK AKAN BOLEH DIRAMPAS oleh orang lain. Juga amat
 penting sentiasa menyakini kekuasan Allah dalam seluruh pendapatan dan 
rezeki. Jangan sesekali, terpesong aqidah kerana ujian dunia dan 
manusia.
Adapun
 berkenaan, ungkapan "tiada business yang boleh didapati tanpa rasuah" 
yang sering digunakan oleh usahawan zaman ini, supaya 
membaca erti firman Allah ini:-
"Hai
 orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu najis (kerana 
mempersekutukan Allah), maka janganlah benarkan mereka memasuki masjid 
al-aharam sesudah tahun ini (iaitu tahun 9 hijrah). Dan jika kamu 
khuwatir menjadi miskin (kerana larangan ini akan menyebabkan hilangnya 
punca perniagaan bagi orang Islam di Mekah), maka Allah akan memberikan 
kekayaan kepadamu dari KurniaNya, jika dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana" (At-Tawbah : 28)
Lihatlah,
 bagaimana Allah menginginkan umat Islam berpegang dengan arahan dan 
prinsip walaupun dari sudut zahirnya kelihatan akan membawa kerugian 
(atau tidak mendapat kontrak), Allah menguji keimanan umat Islam 
terhadap keyakinan mereka bahawa pemberi rezeki adalah Allah selagi kamu
 bertaqwa

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan