Termasuk di dalam puasa yang diharamkan, iaitu
puasa yang direka-reka oleh orang ramai dengan hawa nafsu mereka, yang tidak
disyaaritkan oleh Allah dan RasulNya, tidak juga diamalkan oleh para khulafa’
al-Rasyidin, tidak ada juga ulama yang menyeru melakukannya iaitulah puasa pada
27 Rejab dengan menganggap hari tersebut adalah hari berlakunya peristiwa Isra’
dan Mi’raj.
Ada pula orang yang berpuasa pada hari tersebut
kerana beranggapan hari tersebut adalah hari-hari kebesaran Islam, yang mana
pada hari tersebut Allah telah member naikmat kepada NabiNya dengan satu nikmat
yang besar, maka wajib kita mengingati dan bersyukur dengannya. Kerana nikmat
Allah ke atas NabiNya yang mulia berupakan nikmat ke atas umatnya, maka
mensyukurinya adalah wajib ke atas umat. Maka antara cara mensyukuri nikmat
yang besar ini ialah dengan berpuasa.
Semua ini perkara bukanlah berupa dalil atas
pensyariatan puasa padanya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menyuruh umat
Islam mengingati nikmat-nikmat yang banyak ke atas mereka, seperti firmanNya
bersempena dengan peperangan Ahzab:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ
اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا
لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman
ingatlah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketika datang kepadamu
tentera-tentera, lalu kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang
kamu tidak dapat melihatnya.” (al-Ahzab: 9)
Dalam keadaan ini, mereka tidak memperingati
nikmat tersebut dengan berpuasa pada hari-hari berlakunya peperangan Ahzab
tersebut.
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma’ad
tentang malam Isra’ yang dinukilkan daripada syeikhnya Ibn Taimiyyah:
“Tidak diketahui dari seorangpun dari kalangan umat
Islam yang menjadikan malam Isra’ ada kelebihan berbanding malam yang lain,
tiada juga seorangpun dari sahabat atau tabi’ie yang mengkhususkan malam Isra’
dan mereka juga tidak memperingatinya. Kerana itu tidak diketahui pada malam
apakah berlakunya peristiwa Isra’ sekalipun Isra’ itu merupakan kelebihan Nabi
S.A.W. yang paling besar.” Katanya lagi: “Tidak ada satu dalil yang diketahui
yang menunjukkan bulan bilakah berlakunya Isra’, demikian juga tidak diketahui
dalam 10 hari yang manakah berlakunya Isra’, tidak diketahui juga bilakah
harinya, sebaliknya yang diriwayatkan tentangnya berbagai-bagai , tidak ada
yang dapat dipsatikan, maka tidak disyariatkan kepada umat Islam mengkhususkan
malam 27 dengan melakukan qiyam atau lain amalan.” (Zaad al-Ma’ad 1/57)
Sekalipun telah masyhur di kalangan manusia
malam 27 Rejab merupakan malam Isra’ dan Mi’raj, namun tidak ada satu dalilpun
yang sahih yang menunjukkan Isra dan Mi’raj berlaku pada malam tersebut.
Wallahu a’lam.
——————–
من الصيام المحرم: ما ابتدعه الناس بأهوائهم،
ولم يشرعه الله ورسوله ولا عمل به الراشدون المهديون من خلفائه، ولا دعا إليه أحد من
أئمة الهدى. ومن ذلك صيام اليوم السابع والعشرين من رجب، باعتباره اليوم الذي كان صبيحة
ليلة الإسراء والمعراج بالنبي صلى الله عليه وسلم.
فمن الناس من يصوم هذا اليوم باعتباره من أيام
الإسلام، التي أنعم الله فيها على نبيه بنعم كبرى، يجب أن تذكر فتشكر!.
ونعم الله على نبيه الكريم نعم على أفراد أمته،
فشكرها واجب عليهم، ومن مظاهر هذا الشكر أن تصام تلك الأيام التي تحمل ذكريات عظيمة!.
وكل هذا لا دليل فيه على شرعية الصيام، فقد أمر
الله المسلمين بذكر نعم كثيرة عليهم، مثل قوله لهم بمناسبة غزوة الأحزاب: (يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ بَصِيرًا ا) الأحزاب : 9، الآيات.
ومع هذا لم يذكروا النعمة بصيام هذه الأيام،
كلما هبت ذكراها في شوال .. وغيرها وغيرها.
قال ابن القيم في (زاد المعاد) في شأن ليلة الإسراء
نقلاً عن شيخه ابن تيمية:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan