" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 30 Jun 2012

Seorang pemuda puak Dusun pilih Islam sebagai pedoman hidup


BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Jun. Jumlah saudara baru yang memeluk agama Islam terus bertambah dari masa ke masa sekali gus mengembangkan lagi syiar Islam yang telah lama bertapak di negara ini.

Petang tadi, seorang lagi saudara baru memilih Islam sebagai pedoman hidupnya dan melafazkan dua kalimah syahadat di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman, Pusat Da'wah Islamiah (PDI) Majlis Pengislaman Koperal 12387 Zulshamli bin Gaul, 34, berbangsa Dusun yang memilih nama Islamnya sebagai Awang Muhammad Zulkhairi bin Gaul berlangsung di kediaman Awang Muhammad Amizulkarday bin Gaul di Kampung Tanjong Nangka.

Islam1Islam2Hadir pada majlis tersebut, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Turut hadir pegawai-pegawai ABDB, anggota ASMDB dan PKT ABDB termasuk keluarga terdekat, sahabat handai serta para penduduk kampung dan sekitarnya Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada Awang Muhammad Zulkhairi oleh para tetamu yang hadir.
Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, Leftenan Ariffin bin Amit.

Majlis yang diungkayahkan bersama oleh PDI dan ABDB serta keluarga saudara baru itu merupakan sebagai satu lagi usaha murni ke arah mengembangkan syiar Islam di kalangan warga ABDB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan