" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Selasa, 5 Jun 2012

Majlis Pengislaman Muhammad 'Adnan bin Abdullah Lim

Seorang lelaki berbangsa Cina dengan kerelaan hati memilih agama Islam sebagai pedoman hidupnya.

Lim Sei Wei petang tadi melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara-saudara Baru, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis berlangsung di kediaman Pengiran Haji Omar bin Pengiran Haji Ahmad di Kampung Madewa, Jalan Tutong, di sini.

Beliau yang kini dikenali sebagai Awang Muhammad 'Adnan bin Abdullah Lim 31 tahun berasal dari Kampung Sungai Hanching.

Majlis Pengislaman tersebut turut disemarakkan dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai oleh ahli keluarga Awang Muhammad 'Adnan dan ahli keluarga Pengiran Haji Omar serta rakan-rakan beliau.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan