Qadha & Qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib dipercayai & diimani sepenuhnya. Jangan sesekali anda ragu, jauh sekali anda tidak puas hati atau terbayang, terlintas wujud ketidakadilan Allah kerana terlalu memilih & menentukan sejak daripada azali ketentuan hamba-hamba-Nya. Qadha & Qadar itu adalah kerja Allah. Kita makhluk Allah yang lemah & hina di hadapan Allah SWT. Bagaimana hendak kita mencampuri & mempersoalkan kerja Allah. Yang perlu diketahui bahawa Allah itu antara sifat-Nya adalah Maha Pengasih & Maha Penyayang. Allah Maha Adil & tidak sesekali melakukan yang tidak adil atau sengaja hendak menzalimi makhluk-Nya.
Allah berfirman (mafhum-Nya):
"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiayai (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya & akan memberi, dari sisi-Nya, pahala yang amat besar" (Surah An-Nisa, ayat 40)

"Sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiayai diri mereka sendiri" (Surah Yusuf, ayat 44)
Oleh kerana itu, berdasarkan ayat di atas, tidak timbul persoalan yang anda ajukan bahawa ketentuan Allah merupakan sesuatu yang tidak adil. Allah sentiasa adil. Daripada sinilah datangnya ayat sebagaimana firman

Allah (mafhum-Nya):
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" (Surah an-Najmi, ayat 39)
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" (Surah an-Najmi, ayat 39)
Allah berfirman (mafhum-Nya):
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya, supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan" (Surah Thaha, ayat 15)

Buat baik dibalas baik & digandakan pahalanya, berbuat jahat akan dibalas jahat, tanpa mengandakannya. Maka apakah ini tidak adil? Sudah tentu ia sangat adil. Memudahkan anda untuk memahami Qadha Qadar dalam kehidupan insan, memang ada hal-hal yang di luar kawalan kita. Kita seharusnya menerimanya. Perkara itu adalah kerja Allah. Allah tidak mungkin melakukan sesuatu yang di luar keadilan-Nya & kasih sayang-Nya. Allah menyempurnakan semuanya itu dengan iradah-Nya.
Contohnya kelahiran kita, pilihan siapa? Hendak menjadi lelaki atau perempuan bukan kehendak kita. Berkulit cerah atau gelap. Berupa paras cantik lagi menarik atau hodoh cacat. Ini semua bukan kerja kita, terima sahaja apa yang ditentukan Allah SWT dalam qadak qadar-Nya. Ketika kita berada di alam dunia, sihat sakit kita pada umumnya bukan pilihan kita. Jodoh pertemuan, kita hanya merancang, hendak jadi atau tidak, kekal atau tidak, Allah menentukan segal-galanya.
Akhirnya kita mati, bukan pilihan kita. Tempat kita hendak matipun, bukan pilihan kita. Ertinya ada hal-hal yang ditentukan Allah. Itu adalah kehendak-Nya, bukan pilihan kita. Adapun yang banyak lagi Allah biarkan dengan pilihan kita. Seperti hendak jadi orang yang beriman atau kufur kepada Allah, itu pilihan kita. Allah tidak memaksa kerana tidak ada paksaan dalam agama. Hendak patuh kepada Allah atau hendak melanggar perintah-Nya, itu kehendak kita, kita boleh pilih.

"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, (maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal & Rasul) akan jalan-jalan (yang benar & yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman & taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)" (Surah Al-Insan, ayat 3)

Malah tatkala anda bertanya saya soalan ini, adakah orang memaksa anda berbuat demikian atau itu pilihan anda sendiri?
Sama ada hendak bertanya soalan atau mendiamkan diri, itu adalah pilihan anda. Hendak makan atau minum, menonton tetvisyen, melihat rancangan program televisyen, melayari internet, semuanya adalah pilihan anda sendiri.
Pilihan inilah yang dikatakan bahawa, manusia ini mempunyai daya untuk memilih cara hidupnya, memilih agamanya, merancang untuk bahagia di dunia & bahagia di akhirat.
Melakukan perkara yang akan boleh menerimanya, dengan disokong oleh wahyu Allah SWT, bagi memimpin manusia ke arah kebahagiaan dunia & akhirat.
Inilah yang dimaksudkan dalam qadha & qadar. Wallahu'alam.

Ustaz Dato' Dr Harun Din
Tiada ulasan:
Catat Ulasan