" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Selasa, 12 Jun 2012

majlis pengislaman bagi pasangan suami isteri

bb.JPGTemburong, 09hb Jun 2012, Sabtu, 2.30 Petang - Telah berlangsung satu majlis pengislaman bagi pasangan suami isteri iaitu Awg Chua Lian Seng dan Dyg Taning Anak Chauong yang berasal dari Kampong Kuala Ungar Tutong.

Majlis pengislamannya telah berlangsung di rumah Awg Lima Bin Ibrahim di Kampong Buang Bulan dan hadir selaku tetamu kehoramt di majlis ini ialah, Yang Berhormat Haji Sulaiman Bin Haji Ahad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai dan diselajurkan dengan mendengarkan lafaz ikral masuk islam Awg Chua Lian Seng dan isteri yang dipimpin oleh pegawai pengislaman.

Awg Chua Lian Seng yang berusia 51 tahun kini dikenali sebagai Ismail Bin Abdullah Chua, manakala isterinya Dyg Taning Anak Chauong yang juga berusian 51 tahun memilih namanya didalam islam sebagai Norain Binti Abdullah Chauong.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati pengislaman yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diselajurkan dengan majlis menabur bunga rampai yang diiringi dengan dikir marhaban.

Mengikut stastistik setakat dari Bulan Januari 2012 hingga Bulan Jun 2012 seramai 8 orang telah memeluk ugama islam di daerah ini.

rujukan; http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_news&pg=bm_news_kheu&ac=2951

Tiada ulasan:

Catat Ulasan