Pertukaran Qiblat :
Peristiwa pertukaran
Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitullah Al- Haram di Mekkah berlaku pada tahun kedua dari
Hijrah Nabawiyah dalam bulan Sya'ban.
Selama 17 bulan Nabi
saw bersolat mengadap kearah Baitul
Maqdis. Baitul Maqdis adalah Qiblat para Ambiya' bersolat kearahnya. Pertukaran
arah Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitullah sentiasa menjadi hasrat hati
Nabi saw semenjak berada di Mekkah lagi
beliau menharapkan pertukaran ini. Ketika berada di Masjid Haram sebelum Hijrah
beliau cuba mengumpulkan dalam solatnya mengadap kearah kedua-dua Qiblat dengan cara beliau
bersolat di antara rukun Yamani dan Hajratul Aswad.
Firman Allah swt
maksudnya :
"sesungguhnya kerap kali Kami melihat engkau
(wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan
engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah
mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu
berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa
perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka
dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan"
( Al-Baqarah :144)
Ayat ini bermaksud
bahawa Allah swt sentiasa memerhatikan Nabi saw menadah tanggannya ke langit
,berdoa kepada Allah dengan harapan diturunkan wahyu yang memerintah tukar arah
Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitullah Al Haram di Mekkah.
Yahya Bin Muhammad Al
Akhnas menceritakan kisah petukaran ini
:
"Rasulullah saw
menziarahi Ibu Bashar bin Al Barra' dalam keluarga Bani Salmah . Ibu Bashar
telah menyediakan makanan untuk Nabi saw lalu
Nabi pun makan hidangan itu bersama dengan beberapa orang sahabat. Sesudah makan masuk waktu zohor lalu
Nabi pun bersolat bersama dengan para sahabat yang ada di situ di masjid Bani
Salmah ( sekarang dikenali dengan nama Masjid Qiblatain sempena dengan petukaran ini Qiblatain maknanya dua qiblat )
. Sesudah Nabi saw bersolat zohor dua raka'at , turunlah wahyu Allah( ayat 144
di atas ) yang memerintah supaya Nabi saw berpaling kearah Kaabah di Mekkah
lalu Nabi dan para sahabat yang bersolat bersamanya pun terus memusingkan tumik
mereka ( 180 darjah pusingan) kearah Masjid Haram di Mekkah , mengadap
betul-betul kearah Mizab di Kaabah (
sekarang ini menjadi tempat pancuran emas disalah satu dinding Kaabah di
sebelah atas).
( kitab Kesan-Kesan Tarikh Madinah Al Munawarah Lama
dan Baru : ms 138 )
Petukaran Qiblat ini
adalah satu ujian kepada kaum muslim ketika itu dan juga menjadi tamparan hebat
kepada kaum Yahudi Madinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan