" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 23 Jun 2012

majlis pengislaman Dyg Norlaila anak Sigai


Temburong, Khamis, 21-06-2012 - Bilangan saudara-saudara yang memeluk Ugama Islam di Daerah ini Khasnya dan di Negara Brunei Darussalam ini amnya telah bertambah apabila seorang lagi perempuan berbangsa Iban telah melafazkan ikrar masuk islam. Dyg Norlaila anak Sigai atau lebih dikenali sebagai Dyg. Nur Nadella Binti Abdullah Sigai telah melafazkan ikrar masuk islam dihadapan Pegawai Pengislaman Dyg. Sofiah Binti Md. Faris.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ustaz Abdullah Bin Namit, Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Amo, Ketua Kampung Sibut Awg. Jemat Anak Malong dan ahli keluarga beliau.Diakhir majlis cenderahati disampaikan oleh Ketua Kampung Sibut.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan