" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 23 Jun 2012

MAJLIS PENGISLAMAN DUA ORANG ADIK BERADIK



LAMUNIN, Jumaat, 22 Jun. Dua adik-beradik saudara baru dari puak Dusun petang tadi memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka.
Nuryante binti Telantang yang memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Naqiyah Zakirah binti Abdullah Telantang dan adiknya, Asrafie bin Telantang kini dikenali sebagai Awang Muhammad Wafi Nasruddin bin Abdullah Telantang melafazkan dua kalimah syahadat dan ikrar memeluk agama Islam di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman, Pusat Da'wah Islamiah

PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyampaikan  cenderahati kepada kedua adik-beradik saudara baru.

Majlis Pengislaman dua saudara baru itu diadakan di kediaman ayah mereka, Awang Telantang bin Daun di Kampung Padnunok, Tutong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Datin

Pada majlis itu Dayang Nur Naqiyah Zakirah dan Muhammad Wafi Nasruddin menerima cenderahati disampaikan oleh tetamu kehormat
DUA  adik-beradik saudara baru dari puak Dusun semasa melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman, PDI

Majlis juga diserikan dengan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada kedua-dua saudara baru tersebut.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan