Pada bulan Sya'ban Nabi saw banyak
berpuasa di dalamnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh para Sahabat ra antara
hadisnya:-
Maksud hadis :
" ketika mana
( pada bulan Sya'ban) Nabi saw berpuasa
sehingga kami ( para sahabat) berkata : sekiranya dia berpuasa seolah-olah
tidak mahu berbuka dan jika dia berbuka seolah-olah tidak hendak berpuasa lagi "
( diriwayat oleh
Al-Bukahri , Muslim dan Abu Daud ,Al-Muntaqa min kitab At-Targhib Wat Tarhib :
jz 1 / ms 318 , hadis bernombor 532 )
Hadis dari Usamah Bin Zaid ra bahawa
dia bertanya Nabi saw :
" Wahai Rasulullah , aku tak pernah melihat engkau (banyak) berpuasa
dalam mana-mana bulan sepertimana engkau (banyak) berpuasa dalam bulan Sya'ban?
Jawab Nabi saw : " itulah bulan di mana ramai manusia yang lalai dalam bulan (Sya'ban) yang berada
dipeantaran bulan Rejab dan Ramadhan. Pada bulan (Sya'ban) inilah diangkat naik segala amalan manusia ke Tuhan sekelian Alam , sedangkan aku sangat
suka jika segala amalanku diangkat naik berkeadaan aku berpuasa"
( riwayat An-Nasaei , Al-Muntaqa min kitab At-Targhib Wat Tarhib : jz 1 /
ms 318 , hadis nombor 531 )
Hadis dari Aisyah raha, bahawa Nabi
saw berpuasa pada bulan Sya'ban keseluruhannya , aku ( Aisyah ) bertanya kepada
Nabi :
“ wahai Rasulullah , adakah bulan Sya'ban antara bulan-bulan yang paling
engkau suka berpuasa ? jawab Nabi saw : sesungguhnya Allah dalam setahun
pada bulan Sya'ban akan mencatit
kematian setiap jiwa , maka aku suka jika ajalku datang berkadaan aku
berpuasa"
(riwayat Abu Ya'la, kitab Mukhtasar At-Targhib Wat Tarhib : ms 96 , hadis
nombor 309 )
Dalam setenggah riwayat seperti hadis Aisyah mengatakan bahawa Nabi saw
tidak pernah berpuasa bulan Sya'ban sepenuhnya sama sekali. Yang dimaksudkan
bahawa Nabi saw tidak terus menerus berpuasa sepanjang bulan Sya'ban sepenuhnya
sama sekali kecauli bulan Ramadhan.
Dr Yusuf Al Qardhawi menerangkan mengenai Hadis di atas;
“Puasa mendekati hamba dengan Allah
swt dan menjadikan hamba itu lebih layak diterima segala doa dan amalannya .
Oleh itu , Nabi saw sangat memberi perhatian dengan banyak berpuasa pada bulan Sya'ban dimana ramai dikalangan
manusia yang lalai dalam bulan ini diantara
Rejab bulan haram (yang dihormati) dan Ramadhan bulan yang dimuliakan
dan bulan Qur'an. Dari sinilah datangnya hikmah kelebihan bulan Sya'ban yang
disyariatkan berpuasa di dalamnya dan juga bagi sesiapa yang tertinggal puasa
Ramadhan yang dahulu kerana sakit atau bermusafir atau kerana haid bagi wanita
maka hendaklah pada bulan Sya'ban ini dia segera membayar ( qadha ) hari-hari
yang ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu
sebelum masuk bulan Ramadhan yang
akan datang. Kerana kita manusia tidak tahu bilakah ajal kita akan datang ,
tidak ada siapa pun dapat menjamin kesihataan dan umurnya , oleh itu sebelum
datang waktu sakit dan nyawanya dicabut maka janganlah dia lalai dari segala
hutang-hutangnya dengan Allah swt hendaklah dia segera membayarnya. Itulah apa
yang hendak dimaksudkan didalam hadis Nabi saw di atas tadi.”
( kitab Fikh Puasa Syeikh Dr Yusuf Qardhawi : ms 124 -125 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan