" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Selasa, 5 Jun 2012

Md Yunos, Dyg Roslina Pilih Islam



KAMPUNG SUNGAI BULOH, Khamis, 31 Mei
Dua orang saudara baru terdiri dari seorang lelaki berbangsa Cina dan seorang wanita berbangsa Filipina petang tadi dengan rasminya melafazkan ikrar pengislaman mereka di rumah kediaman Pengiran Haji Merali bin Pengiran Haji Ismail di No. 92 'A', Kampung Sungai Buloh, Mukim Mentiri, di sini.

Ketua Pengarah, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pengiran Dato Paduka Haji Zaini bin Pengiran Haji Kamaluddin hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

SAUDARA baru, Awang Mohammad Yunus bin Abdullah Halim melafazkan ikrar pengislamannya bertempat di rumah kediaman Pengiran Haji Merali bin Pengiran Haji Ismail di Kampung Sungai Buloh, Mukim Mentiri
Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan disusuli dengan lafaz ikrar pengislaman dari George Lim Ented, 52, yang memilih nama Islamnya sebagai Awang Mohammad Yunus bin Abdullah Halim diikuti dengan ikrar pengislaman dari Rovilen Espanola, 32, yang memilih nama Islamnya Dayang Roslina binti Abdulla Espanola.
Ketika ditemui oleh wakil PELITA BRUNEI, kedua saudara baru menjelaskan mereka menerima hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala dan mengakui agama Islam adalah agama yang suci dan yang sebenar-benarnya.

Kedua mereka juga menerima panduan dan agama Islam ini tanpa sebarang paksaan dan atas kerelaan hati masing-masing.


ROVILEN Espanola kini dikenali sebagai Dayang Roslina binti Abdulla Espanola setelah melafazkan ikrar pengislamannya.
Kedua mereka melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang disaksikan oleh para jemputan termasuk  kaum keluarga saudara baru yang diraikan dan penduduk sekitar Kg. Sungai Buloh.

Pada majlis tersebut saudara baru yang diraikan menerima cenderamata daripada tuan rumah yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan Datin kepada kedua saudara baru diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/01jun12/index.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan