" tiada paksaan dalam (menganut agama Islam), sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dan jalan yang sesat"
-(Al Baqarah: 256)

Sabtu, 16 Jun 2012

Majlis Pengislaman Muhammad Haizam Mutazzam bin Abdullah



Syiar agama Islam semakin berkembang luas di Negara Brunei Darussalam sehingga jumlah mereka yang telah memeluk agama Islam juga semakin meningkat dari semasa ke semasa. Petang tadi (15hb Jun 2012)seorang lagi lelaki  berbangsa Iban telah melafazkan ikrar Islamnya pada majlis yang berlangsung di kediaman Dayang Nor Sinah  binti Haji Ali diKampung Pulaie. 

Christopher Samuel anak Janang, 17, melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai-pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan para jemputan yang hadir dan telah memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Haizam Mutazzam bin Abdullah. Hadir selaku tetamu kehormat majlia ialah Pegawai Pentadbir Pejabat Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohammad Ede Fadle bin Haji Shamsu.

Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Kampung  Pulaie dan juga menabur bunga rampai serta penyampaian cenderahati kepada saudara baru yang diraikan disudahi dengan bacaan doa selamat.

Beliau akan meneruskan pembelajarannya dalam mendalami ajaran agama Islam di Unit  Pengislaman dan Bimbingan saudara-saudara baru, Pusat Da'wah Islamiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan